Site icon TechNave BM

Harga pas sehari MyCity Rapid KL naik RM1 mulai hari ini, 8 Mac 2024

Bermula hari ini, 8 Mac 2024, harga pas sehari tanpa had RM5 untuk pengguna kereta api dan bas yang dikendalikan oleh Rapid Rail dan Rapid Bus akan meningkat sebanyak RM1 seperti yang diumumkan oleh Prasarana Malaysia Bhd dalam satu kenyataan pada Khamis, 7 Mac 2024.

Bagaimanapun, harga pas tiga hari itu kekal tidak berubah pada RM15. Prasarana memberitahu pelarasan harga itu disebabkan pengembangan rangkaian rel di Lembah Klang termasuk pembukaan penuh laluan MRT Putrajaya tahun lepas dan pembukaan laluan LRT Shah Alam tahun depan.

Bagi menggalakkan lebih ramai warga asing menggunakan pengangkutan awam di Lembah Klang, Prasarana memperkenalkan semula pas sehari dan tiga hari untuk individu tanpa kad pengenalan Malaysia di mana masing-masing berharga RM10 dan RM25.

Pas MyCity, sah untuk MRT, LRT, BRT dan bas yang dikendalikan oleh Rapid Bus di Lembah Klang termasuk bas pengantara MRT, boleh dibeli di mana-mana stesen kereta api Rapid Rail, hab bas terpilih atau dalam talian melalui aplikasi MyRapid PULSE.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Rapid

Exit mobile version