Site icon TechNave BM

Harga pemerolehan TikTok oleh Microsoft boleh capai sehingga ~RM125.6 bilion

Sebelum ini, Microsoft dilaporkan sedang merancang untuk membeli syarikat media sosial TikTok dalam usaha untuk menyelamatkan syarikat itu selepas ia dikenal pasti sebagai sebuah ancaman terhadap Amerika Syarikat (AS).

Menurut sumber, Microsoft mungkin akan membeli TikTok dengan harga US$30 bilion (~RM125.6 bilion) jika ia dibeli sebelum tarikh tamat pada15 September. Jika jual beli ini berjaya, Microsoft akan memindahkan kod TikTok dari China dalam tempoh setahun. Setiausaha Perbendaharaan AS juga dilaporkan terlibat dalam jual beli ini dan akan menerima sebahagian daripada wang tersebut.

Microsoft dipilih kerana syarikat itu dipercayai mampu memindahkan data TikTok yang amat besar serta mampu membayar kos yang mencecah berbilion. Kod perisian TikTok mungkin terdiri lebih daripada 15 juta baris kod artificial intelligence dan tidak banyak syarikat AS yang mampu memindahkan data sebanyak itu.

Presiden AS Donald Trump berkata TikTok akan dilarang dalam negara itu jika ia tidak dijual kepada sebuah syarikat Amerika sebelum 15 September. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNBC

Exit mobile version