Site icon TechNave BM

Harga PlayStation 5 diumumkan, bakal dijual bermula 12 November pada harga ~RM1,652

Sony telah pun mengumumkan harga rasmi dan tarikh penjualan untuk konsol PlayStation 5 (PS5) dalam sebuah acara siaran langsung pada hari ini. PS5 akan dijual di tujuh negara bermula 12 November pada harga bermula US$399.99 (~RM1,652). Negara-negara lain termasuk Malaysia akan mendapatkan PS5 bermula 19 November.

PS5 akan dijual dalam dua varian utama iaitu PS5 dengan ruang cakera padat Ultra HD Blu-Ray dan PS5 Digital Edition yang tidak mempunyainya. PS5 dijual pada harga US$499.99 (~RM2,065) manakala PS5 Digital Edition dijual pada harga US$399.99 (~RM1,652). Kedua-duanya mempunyai prestasi teknologi yang sama.

Sony turut mengumumkan senarai game menarik yang pemain boleh jangkakan untuk PS5 seperti Devil May Cry 5 Special Edition, Final Fantasy XVI, God of War yang baru, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Call of Duty Black Ops: Cold War dan banyak lagi. Pra-pesanan PS5 akan dibuka bermula hari ini untuk negara-negara terpilih.

Adakah anda berminat untuk memiliki PS5 apabila ia boleh didapati kelak? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation Blog

Exit mobile version