Site icon TechNave BM

Harga POCO F2 Pro dan Redmi Note 9 diturunkan, potongan sehingga RM300

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan harga baru yang lebih rendah untuk telefon pintar Redmi Note 9 dan POCO F2 Pro, dengan potongan harga sehingga RM300.

Harga Redmi Note 9 yang mempunyai varian RAM 4GB dan storan 128GB telah diturunkan daripada RM749 kepada RM699, iaitu penurunan sebanyak RM50.

Sementara itu POCO F2 Pro yang mempunyai varian RAM 8GB dan storan 256GB telah diturunkan daripada RM2,599 kepada RM2,299, iaitu penurunan sebanyak RM300.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk yang telah diturunkan harganya ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook

Exit mobile version