Site icon TechNave BM

Harga rasmi Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE di Malaysia: Bermula RM1,199

Seperti operasi biasa selepas pelancaran produk Apple, laman web Apple akan terus dikemas kini dengan harga rasmi di pasaran negara tertentu. Begitu juga dengan pasaran Malaysia. Apple kini memaparkan harga rasmi untuk Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE.

Apple Watch Series 6 hadir dengan harga bermula pada RM1,749. Terdapat pelbagai penawaran tali jam yang menarik kali ini seperti yang anda boleh lihat pada beberapa varian dalam gambar di bawah. Anda pasti teruja melihat lebih banyak pilihan di laman web rasmi Apple Malaysia.

Harga tertinggi untuk Apple Watch Series 6 adalah RM3,499.

Apple Watch SE

Apple sudah mengumumkan bahawa harga Apple Watch SE adalah lebih berpatutan berbanding dengan Apple watch Series 6. Terrnyata benar, ianya bermula dengan harga RM1,199 sahaja.

Terdapat lebih banyak pilihan di laman web rasmi Apple Malaysia berbanding dengan apa yang dipaparkan pada gambar di bawah. Anda boleh memilih jenis dan warna tali jam yang anda suka. Harga paling tinggi Apple Watch SE mencecah RM1,599, yang mana masih rendah berbanding harga permulaan Apple Watch Series 6.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan tarikh untuk menempah atau pra-tempahannya. Untuk maklumat ini, nantikan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Apple Malaysia

Exit mobile version