Site icon TechNave BM

Harga rasmi Black Shark 3S diumumkan di Malaysia bermula RM3,199, tersedia di Shopee 8 September

Sebelum ini, kita telah melihat maklumat pra-tempahan yang didedahkan oleh kedai telefon pintar di Malaysia. Kali ini, Black Shark Malaysia secara rasminya akan melancarkan Black Shark 3S di pasaran Malaysia melalui Shopee pada 8 September 2020.

Black Shark 3S akan tersedia di laman Shopee tepat pada jam 12AM pada 8 September ini. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa aksesori gaming yang menarik termasuklah pelindung jari gaming yang akan diperkenalkan.

Sepintas lalu, Black Shark 3S dijana cipset Snapdragon 865, skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kamera utama 64MP, kamera swafoto 20MP, bicu audio 3.5mm, bateri 4,720 mAh dengan pengecasan pantas 65W serta pengecasan magnet 18W. Anda boleh lihat harganya yang terpapar pada gambar di bawah.

Anda boleh mendapatkan Black Shark 3S melalui Shopee bermula 8 September 12AM dalam dua pilihan warna; Skyfall Black dan Crystal Blue. Black Shark 3S (12GB + 128GB) berharga RM3199 dan Black Shark 3S (12GB + 256GB) berharga RM3499. Black Shark Game Triggers pula berharga RM89.

50 pelanggan pertama yang membeli Black Shark 3S akan menerima hadiah bernilai RM850 termasuk Black Shark Carry Case, a Black Shark FunCooler, 1-tahun Screen Crack Protection, RM100 Baucar Shopee dan barangan misteri khas Black Shark.

50 pembeli seterusnya pula akan menerima hadiah percuma RM850 termasuk Black Shark Gamepad 2.0 Left + Gamepad 3.0 Holder, a Black Shark FunCooler, 1-tahun Screen Crack Protection, RM100 Baucar Shopee dan barangan misteri khas Black Shark.

Adakah anda akan membelinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version