Site icon TechNave BM

Harga rasmi siri Black Shark 3 Malaysia diumumkan: Spesifikasi ‘gaming flagship’ bermula RM2649

Terkini, Black Shark Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk satu varian daripada siri Black Shark 3 yang bakal dilancarkan pada 30 April (esok) ke pasaran Malaysia. Siri Black Shark 3 ini bermula dengan harga RM2,649.

Sebagai makluman, penawaran Black Shark yang membawa imej sebagai telefon pintar gaming pertama dalam industri ini akan bermula pada 30 April melalui platform pembelian dalam talian Malaysia, Shopee. Untuk sambutan jualan minggu pertama, seramai 400 pembeli pertama Black Shark akan dapat menikmati harga RM2,649. Bukan itu sahaja, 150 pembeli pertama akan dapat menikmati pakej hadiah bernilai sehingga RM800!

Sebagai penambahan, beberapa alat teknologi Black Shark lain turut ditawarkan dengan harga diskaun seperti di bawah (terhad pada 30 April sahaja).

ItemHarga asal (RM)Harga selepas diskaun (RM)
Black Shark 3 (8GB + 128GB) 2,7992,649
Black Shark 2 Gamepad Left Side + Side-Out Protective Case [Bundle Set] 199180
Black Shark 2 Gamepad Right Side + Slide-Out Protective Case [Bundle Set] 209189
Black Shark 2 Gamepad Left & Right Side + Slide-Out Protective Case [Bundle Set] 299270
Black Shark Bluetooth Earphones 2 399360
Black Shark FunCooler 139125
Black Shark FunCooler Pro 199180
Black Shark Quick Charge Power Bank 119107

Terdahulu, siri ini telah dilancarkan di China. Siri Black Shark menawarkan dua varian termasuklah versi Pro. Setakat ini, hanya harga rasmi untuk Black Shark 3 dengan RAM 6GB + ROM 128GB sahaja diumumkan. Harga asal varian ini adalah RM2,799. Untuk menyemak spesifikasinya, anda boleh klik pada pautan ini.

Ikuti berita pelancarannya melalui kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version