realme Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga pasaran secara tetap untuk dua produknya iaitu telefon pintar realme C63 dan fon telinga wayarles realme Buds Air 6.
Harga untuk realme C63 kini bermula daripada RM549 (sebelumnya RM599), manakala harga realme Buds Air 6 pula ialah RM199 (sebelumnya RM299). Perlu diingati bahawa harga baharu ini hanya akan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2025.
Jika anda tidak tahu mengenai dua produk ini, realme C63 merupakan telefon mampu milik yang dilancar di Malaysia pada Jun lalu. Ia menawarkan segala spesifikasi yang lengkap untuk kegunaan asas seperti skrin 90Hz, kamera utama 50MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W.
Sementara itu, realme Buds Air 6 pula adalah sepasang fon telinga wayarles dengan pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 50dB, pengiktirafan Hi-Res Audio dan bateri yang boleh bertahan sehingga 40 jam.
Kedua-dua produk ini boleh dibeli dari kedai-kedai realme Brand Stores, pengedar-pengedar sah, Lazada, Shopee atau TikTok Shop.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

