Site icon TechNave BM

Harga realme GT Master Edition tertiris, bermula ~RM1,996

Siri telefon pintar andalan realme GT Master Edition akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada hari esok (18 Ogos) dan kini harganya untuk pasaran Eropah telah pun tertiris. Harga tersebut didedahkan oleh laman web rasmi realme Eropah namun kini maklumat tersebut telah dipadam.

Menurut sumber, realme GT Master Edition akan dijual pada harga bermula EUR400 (~RM1,996) untuk varian 8GB+256GB manakala realme GT Master Explorer Edition akan dijual pada harga bermula EUR500 (~RM2,495) untuk varian 12GB+256GB.

Ia juga mungkin akan ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu kelabu Voyager Gray. Di China, realme GT Master Edition dilengkapi skrin AMOLED 120Hz 6.43 inci, cipset Snapdragon 778 5G, tiga kamera, bateri 4,300mAh dan pengecasan pantas 65W. Sementara itu, realme GT Master Explorer Edition dilengkapi skrin AMOLED 120Hz 6.55 inci, cipset Snapdragon 870, tiga kamera, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version