Site icon TechNave BM

Harga realme Pad didedah, bakal tersedia untuk pasaran global

Tablet pertama realme dipanggil sebagai realme Pad yang merupakan produk peringkat permulaan yang diumumkan pada bulan September lepas. 

realme Pad berharga INR 13,999 (~RM777) di India dan dan jika ditukarkan kepada mata wang eropah harga tersebut akan menjadi €160 (~RM773). Seperti biasa, harganya pasti meningkat sekiranya tiba ke Eropah. Menurut pendedahan peruncit Eropah, realme Pad akan dijual dengan harga €239 (~RM1,155) dengan RAM 3GB dan storan 32GB.

Bagi varian RAM 4GB dan storan 64GB, harganya sekitar €259 (~RM1,252) manakala varian RAM 6GB dan storan 128GB berharga sekitar €289 (~RM1,397). Namun, kami dapati varian RAM 6GB dan storan 128GB tidak dijual di India.

Kami masih menunggu maklumat mengenai produk ini untuk tiba ke Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version