Xiaomi Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menurunkan harga salah satu daripada telefon pintar mampu miliknya, Redmi A3, kepada harga yang lebih rendah sebanyak RM80. Ini bermaksud harga Redmi A3 telah diturunkan daripada RM429 kepada RM349 sahaja.
Perkara tersebut diumumkan dalam laman Facebook Xiaomi Malaysia. Telefon ini merupakan produk yang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan telefon asas untuk kegunaan harian dan tidak memerlukan perbelanjaan besar.
Di hadapan, ia mempunyai skrin LCD berukuran 6.71 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Spesifikasinya terdiri daripada cipet MediaTek Helio G36, RAM 4GB, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh dan kadar pengecasan 10W.
Harga baharu ini boleh didapati di laman web Xiaomi Malaysia, Lazada dan Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

