Site icon TechNave BM

Harga runtuh telefon pintar termasuklah iPhone XS 256GB berharga RM3,099 (harga asal RM5,599)

Untuk segelintir masyarakat, sudah menjadi kebiasaan untuk menggantikan barangan lama dengan barangan baharu sempena menyambut perayaan. Pelbagai jenama juga tidak ketinggalan dalam membuka jualan dengan harga yang mampu memukau poket pengguna. Turut serta, anda boleh mendapatkan sebuah iPhone atau peranti Android dengan harga runtuh.

Penjual sah produk Apple, machines menawarkan iPhone XS varian 256GB dengan harga RM3,099. Untuk pengetahuan anda, harga asal sebuah iPhone XS ialah RM5,599. Melalui harga ini, anda mendapat pengurangan harga sebanyak RM2,500.

Memiliki storan dalaman 256GB yang sama, ASUS Zenfone 5z turut ditawarkan dengan pengurangan harga lebih daripada 50%. ASUS Zenfon 5z varian RAM 8GB + ROM 256GB dengan harga asal RM2,499 kini dijual dengan harga RM988 sahaja melalui ASUS di Lazada. Apa pun, tawaran ini hanya tersedia dalam masa yang terhad.

Mampukah penawaran harga runtuh ini memukau poket dan nafsu anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version