Site icon TechNave BM

Harga Samsung Galaxy F42 5G tertiris, mungkin miliki Dimensity 700 dan skrin 6.6” bermula ~RM1,187

Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy F42 5G pada hari esok, 29 Oktober. Sebelum pelancarannya, harga telefon pintar ini telah tersebar terlebih dahulu.

Menurut laman web 91Mobiles, Samsung Galaxy F42 5G akan hadir dengan dua pilihan storan dalaman. Untuk varian 6GB + 128GB berharga ₹20,999 (~RM1,187) dan varian 8GB + 128GB berharga ₹22,999 (~RM1,300).

Harga Samsung Galaxy F42 5g berkemungkinan lebih murah jika dibeli secara atas talian berbanding beli di kedai fizikal. Peranti yang bakal dilancarkan ini adalah penjenamaan semula Galaxy Wide5.

Ia mungkin akan dilengkapi dengan:

Kami masih menunggu maklumat peranti ini untuk tiba di Malaysia. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version