Site icon TechNave BM

Harga Samsung Galaxy Ring didedah, mungkin hadir bersama khidmat langganan bulanan

Menjelang pelancaran Samsung Galaxy Ring yang dijadualkan pada 10 Julai ini, banyak khabar angin timbul tentang spekulasi cara ia beroperasi. Sumber melaporkan bahawa harga di AS akan berada dalam julat $300-$350 (~RM1,650). Bukan itu sahaja, ia mungkin akan ada hadir dengan langganan bulanan.

Tidak jelas sama ada langganan ini wajib atau terdapat pilihan untuk ciri premium yang dipertingkatkan. Harga langganan bulanan pula mungkin di bawah $10 dalam aplikasi Samsung Health. Ini adalah sesuatu yang dibayangkan oleh Naib Presiden Samsung Electronics Dr. Hon Pak dalam temu bual CNBC ketika cincin itu pada mulanya diumumkan.

Perkhidmatan langganan bulanan ini akan serupa dengan produk Oura Ring, Apple dan Fitbit dengan yuran bulanan adalah kurang daripada $10 (~RM47). Tiada pengesahan rasmi lagi mengenai pakej langganan untuk Samsung Galaxy Ring. Sama-sama kita nantikan pelancaran Samsung Galaxy pada 10 Julai ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version