Site icon TechNave BM

Harga semua model siri Xiaomi Mi 10T tertiris, mungkin bermula ~RM1459 sahaja

Baru-baru ini, sudah terdapat beberapa sumber yang memberi harga ramalan untuk Xiaomi Mi 10T, tetapi dalam mata wang Eropah yang biasanya jika ditukarkan ke dalam Ringgit Malaysia (RM) akan menjadi sedikit tinggi harganya. Terkini, sumber terbaru muncul lagi dengan spekulasi harga untuk semua model siri Xiaomi Mi 10T.

Menurutnya, siri Xiaomi Mi 10T akan bermula dengan harga 300 Euro (~RM1459). Mi 10T Lite 5G adalah varian model dalam siri Mi 10T yang paling rendah harganya. Berdasarkan sumber, kami telah menukarkannya ke dalam mata wang (RM), tetapi perlu diingatkan bahawa ini bukan harga rasminya.

Sepintas lalu, siri Xiaomi Mi 10T dikatakan bakal hadir dengan beberapa spesifikasi menarik seperti Snapdragon 865, skrin 6.67 inci LCD 144Hz, kamera hadapan 20MP, kamera hadapan sehingga 108MP, bateri 5000mAh dan menyokong cas pantas 33W.

Anda boleh membaca kesemua spesifikasi asas Xiaomi Mi 10T yang telah tertiris pada sumber yang lalu di pautan ini.

Siri ini telah sah bakal dilancarkan pada 30 September dan akan masuk ke pasaran Malaysia pada 6 Oktober 2020. Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version