Site icon TechNave BM

Harga siri Huawei P40 untuk pasaran Singapura diumumkan, bermula pada SG$1,048 atau ~RM3,180

Berikutan pelancaran siri telefon pintar flagship Huawei P40 pada minggu lepas, Lazada sudah pun mengumumkan harga siri telefon tersebut untuk pasaran Singapura.

Huawei P40 akan dijual pada harga SGD$1,048 (~RM3,180) dan Huawei P40 Pro pada harga SGD$1,448 (~RM4,390). Jika mata wang tersebut terus ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, ini adalah lebih murah sedikit berbanding harga yang diumumkan untuk pasaran Eropah iaitu €799 (RM~3,850) untuk P40 dan €999 (~RM4,810) untuk P40 Pro.

Walau bagaimanapun, harga P40 Pro+ masih belum diumumkan untuk pasaran Singapura. Ia mungkin akan diumumkan pada bulan Mei kerana P40 Pro+ hanya akan dijual di pasaran Eropah bermula bulan Jun.

Adakah anda merasakan harga P40 di Singapura ini boleh dijadikan anggaran untuk harga dalam pasaran Malaysia? Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Lazada Singapore

Exit mobile version