Site icon TechNave BM

Harga siri realme 10 dan realme 10 Pro 5G turun sehingga RM200 secara tetap

realme Malaysia mengumumkan bahawa harga pasaran untuk dua model telefon pintar kelas pertengahan, realme 10 dan realme 10 Pro 5G, telah diturunkan secara tetap.

Harga untuk realme 10 (8GB+256GB) telah diturunkan kepada RM899 daripada RM999, manakala realme 10 Pro 5G (8GB+256GB) telah diturunkan kepada RM1,099 daripada RM1,299. Kedua-dua perubahan harga ini akan dikuat kuasakan untuk kedai fizikal dan dalam talian bermula hari ini.

realme 10 telah dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Februari lalu. Spesifikasi menarik untuk telefon ini termasuklah skrin AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 33W dan kamera utama 50MP. Anda boleh lihat spesifikasi penuh realme 10 di sini.

Sementara itu, realme 10 Pro 5G telah dilancar pada Disember 2022. Selain menyokong rangkaian 5G, ia mempunyai kamera utama 108MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SuperVOOC 33W. Anda boleh lihat spesifikasi penuh realme 10 Pro 5G di sini.

Layari laman web realme Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version