Site icon TechNave BM

Harga siri Samsung Galaxy Note 20 tertiris!

Akhirnya, tiba masanya dalam setiap tahun dimana syarikat-syarikat teknologi yang besar akan melancarkan telefon pintar flagship mereka. Samsung selalunya akan melancarkan siri Note mereka pada pertengahan atau akhir bulan Ogos, namun pada tahun ini, mereka akan melancarkan telefon pintar siri Note20 sedikit awal iaitu pada 5 Ogos yang akan datang.

Beberapa sumber yang sebelum ini telah menunjukkan spesifikasi yang akan hadir pada telefon pintar siri Note20 ini dan kini harganya pula telah tertiris oleh penjual di Vietnam secara online.

Penjual tersebut menyenaraikan tiga peranti iaitu Samsung Galaxy Note20, Note 20 Ultra (versi LTE) dan Note20 Ultra 5G. Harga Samsung Galaxy Note20 disenaraikan sebagai 22,990,000 VND (~RM4260), manakala Samsung Note20 Ultra LTE dijual pada harga 25,990,000 VND (~RM4773) dan Note20 Ultra 5G dijual pada harga 29,990,000 VND (~RM5535).

Untuk spesifikasi pula, penjual tersebut menyatakan bahawa telefon pintar siri Note20 akan hadir dengan skrin saiz 6.9 inci dengan kamera utama 108 Megapixel serta kamera 13 Megapixel dan 12 Megapixel pada bahagian belakang. Pada bahagian depan pula, ia akan hadir dengan kamera swafoto 40 Megapixel. Mereka juga menyatakan siri Note20 akan hadir dengan cipset Exynos 992, bateri bersaiz 4500 mAh serta pilihan warna yang menarik seperti Mint Green, Bronze Gold dan Grey untuk model Note20 manakala warna Milky Black, White Crystal dan Bronze Gold untuk model Note20 Ultra.

Adakah harga siri Samsung Galaxy Note20 munasabah ? Kongsikan pendapat anda pada Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version