Site icon TechNave BM

Harga Siri Samsung Galaxy Note20 di Malaysia bocor: Bermula RM4,299!

Terkini, kami telah mendapat maklumat mengenai harga bocor siri Samsung Galaxy Note20 yang bakal dilancarkan sebentar lagi.

Menurut sumber yang memuat naik siaran gambar tersebut, pelan dari sebuah syarikat telekomunikasi dilaporkan menawarkan harga Samsung Galaxy Note5G pada harga RM4,299, manakala Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G pada harga RM5,199.

Sebagai tambahan, pra-tempahan melalui syarikat telekomunikasi tersebut juga memberi peluang untuk anda membawa pulan Samsung Galaxy Buds Live atau Samsung Galaxy Buds+ secara percuma!

Baca berita lepas mengenai jangkaan spesifikasi siri Samsung Galaxy Note20 di sini.

Nantikan berita pelancaran dan spesifikasi rasmi melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version