Site icon TechNave BM

Harga siri Samsung Galaxy S21 dibocorkan oleh syarikat telco Belgium, serendah ~RM4,214

Samsung bakal melancarkan siri telefon andalan mereka, siri Galaxy S21 pada 14 Januari ini. Namun sebelum tarikh pelancarannya, pelbagai berita mengenai mengenai peranti ini sudah muncul di dalam talian dan hampir semua spesifikasi peranti sudah pun tertiris.

Terbaru, harga untuk siri Galaxy S21 pula telah tertiris oleh sebuah syarikat telekomunikasi di Belgium, Voo. Syarikat Voo ini secara tidak sengaja telah menaikkan halaman web untuk harga siri Galaxy S21 ini bersama beberapa spesifikasi utamanya.

Berdasarkan halaman web itu, Galaxy S21 versi biasa akan dijual pada harga €849 (~RM4,214) tanpa kontrak. Untuk Galaxy S21+ pula, ia akan dijual pada harga €1,049 (~RM5,207) dan Galaxy S21 Ultra pada  €1,399 (~RM6,944). Harga ketiga-tiga model itu adalah untuk storan terendah 128GB.

Untuk spesifikasinya pula, ia bakal hadir dengan cipset Exynos 2100 untuk pasaran di Eropah (sama seperti di Malaysia). Selain itu, ia juga dilihat hadir dengan Android 11, skrin AMOLED, bicu audio 3.5mm serta kebolehan pengecasan pantas secara wayarles.

Adakah anda puas hati dengan harga dan spesifikasi yang ditawarkan? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version