Site icon TechNave BM

Harga siri Samsung Galaxy S21 didedahkan, bermula pada ~RM4,352 hingga ~RM6,926

Sementara peminat sedang menunggu kemunculan siri Samsung Galaxy S21, terdapat sumber yang telah mendedahkan harga peranti andalan Samsung ini untuk pasaran Eropah. Siri Samsung Galaxy S21 dilapor bermula pada harga 879 Euro (~RM4,352) untuk pasaran Eropah.

Perlu diingatkan bawah sumber ini perlu disahkan maklumatnya memandangkan ia bukanlah maklumat rasmi dari pihak Samsung. Namun, pendedahan ini boleh membantu peminat untuk menjangkakan harga siri Samsung Galaxy S21 sebelum pelancarannya. Spekulasi harga untuk peranti andalan ini adalah seperti di bawah.

Selain itu, terdapat juga sumber yang menjangkakan harga Galaxy S21 Ultra berharga di antara 9000-10000 Yuan (~RM5,561 – ~RM6,179). Apa yang boleh dilihat disini, varian tertinggi mungkin bakal memiliki harga yang mencecah sehingga RM6,000.

Sepintas lalu, siri Samsung Galaxy S21 bakal hadir dengan Snapdragon 888/Exynos 2100, kamera 108MP, zum periskop 10x dan sokongan stilus S Pen untuk varian Ultra. Anda boleh menyemak spekulasi spesifikasinya di pautan ini.

Gambar rekaan LetsGo Digital

Apakah pendapat anda mengenai spekulasi harga ini? Kongsikan pandangan anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version