Site icon TechNave BM

Harga siri Samsung Galaxy S22 didedah bermula ~RM4,026

Siri Samsung Galaxy S22 akan diumumkan secara rasmi dalam acara Galaxy Unpacked pada 9 Februari. Kini, harga untuk siri Samsung Galaxy S22 di pasaran Eropah telah didedahkan.

Samsung Galaxy S22 dengan RAM 8GB dan storan 128GB berharga €849 (~RM4,026) manakala varian RAM 8GB dan storan 256GB berharga €899 (~RM 4,263). Samsung Galaxy S22 Plus dengan RAM 8GB dan storan 128GB berharga €1,049 (~RM4,974) manakala varian 8GB RAM dan storan 256GB berharga €1,099 (~RM5,211).

Samsung Galaxy S22 Ultra dengan 8GB RAM dan storan 128GB akan berharga €1,249 (~RM5,923) manakala varian RAM 12GB dan storan 256GB berharga €1,349 (~RM6,397).Terdapat juga varian RAM 12GB dan storan 512GB berharga €1,449 (~RM 6,871).

Pendedahan ini tidak sejajar dengan maklumat sebelumnya yang mengatakan bahawa model standard Samsung Galaxy S22 Ultra akan mempunyai RAM 12GB dan varian atasan akan memuatkan RAM 16GB. Terdapat juga laporan lain mengenai Samsung membawa semula model storan 1TB.

Ini mungkin menjadi satu persaingan besar antara siri Galaxy S22 dengan iPhone 13 Mini Apple yang berharga $699 (~RM2,925) dan Pixel 6 Google pada $599 (~RM2,507). Barisan Galaxy S22 dijangka hadir dengan beberapa peningkatan daripada segi reka bentuk, spesifikasi yang lebih baik, sensor kamera dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version