Site icon TechNave BM

Harga telefon LG Wing dengan dwi-skrin pusing dijangka ~RM4,165, video baru muncul

Beberapa hari yang lepas, sebuah video mengenai LG Wing ini telah tertiris dan ianya dilihat hadir dengan rekaan dwi-skrin berbentuk T yang boleh berpusing.

Kini, sebuah lagi video mengenai peranti ini telah muncul dan dalam video ini, ia memaparkan seorang pengguna sedang bermain game menggunakan LG Wing. Skrin kedua LG Wing yang lebih kecil itu dilihat dapat membantu pengguna untuk bermain game dengan lebih seronok.

Berdasarkan sumber, LG Wing ini akan dijual pada tanda harga $1000 (~RM4,165) sewaktu dilancarkan di Amerika Syarikat pada musim luruh ini.

Untuk spesifikasinya pula, LG Wing dijangka akan menggunakan cipset Snapdragon 765G, tiga kamera belakang dengan kamera utama 64MP serta saiz skrin utama 6.8 Inci dan skrin kedua 4 inci.

Bagaimana dengan reka bentuk unik LG Wing ini? Komen pendapat anda tentang peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version