Site icon TechNave BM

Harga telefon pintar 4G mungkin akan meningkat sepanjang 2021

Pada waktu ini, semakin banyak telefon dalam pelbagai kategori harga telah dilancarkan dengan sokongan rangkaian 5G. Ini membuatkan harga telefon 5G menjadi lebih murah secara keseluruhan dan pada masa yang sama mengurangkan pengilangan cipset 4G.

Memandangkan penghasilan cipset 4G semakin menurun, harga telefon yang dilengkapi cipset 4G dijangka akan meningkat sepanjang separuh kedua 2021. Pada masa yang sama, harga untuk telefon 5G juga akan menurun kerana pengilangan cipset 5G yang semakin meningkat.

Dua syarikat semikonduktor Qualcomm dan MediaTek telah pun menyediakan cipset 5G dalam semua kategori harga telefon termasuklah yang murah, manakala pelbagai syarikat telefon seperti Xiaomi dan OPPO telah mula memperkenalkan sokongan 5G dalam telefon kelas permulaan.

Memandangkan banyak negara membangun masih bergantung kepada rangkaian 4G, cipset tersebut masih digunakan secara meluas dalam negara-negara itu di mana jualan telefon 4G dijangka akan mengatasi jualan telefon 5G untuk tahun 2021.

Walau bagaimanapun, permintaan untuk telefon 5G diramal akan terus meningkat sebanyak dua kali ganda sepanjang dua atau tiga tahun akan datang.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digi Times

Exit mobile version