Site icon TechNave BM

Harga telefon Xiaomi mungkin meningkat kerana isu kekurangan komponen

Baru-baru ini, isu kekurangan cipset dalam industri telefon pintar telah diutarakan oleh beberapa pihak termasuklah pihak pengeluar sendiri seperti Qualcomm. Berkemungkinan, anda perlu menjangkakan peningkatan harga untuk telefon pintar Xiaomi disebabkan isu kekurangan cipset.

Menurut Presiden Xiaomi Wang Xiang, isu kekurangan cipset pada peringkat global memberi kesan kepada kenaikan kos dan harga produk mungkin bakal turut terkesan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa secara jujurnya, Xiaomi akan terus menawarkan harga terbaik untuk pengguna. Namun, kadang-kala mereka mungkin terpaksa melibatkan pengguna dalam isu kenaikan kos ini.

Terdahulu, Xiaomi dijangka beralih ke cipset MediaTek, namun masih mengekalkan beberapa peratus peranti yang dijana oleh Qualcomm.

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version