Site icon TechNave BM

Harga tertinggi realme X50 Pro 5G RAM 12GB mungkin RM2,999, varian RAM 8GB lebih murah

Terkini, sebuah akaun telah mengongsikan di portal sumber, harga realme X50 Pro 5G yang terpapar di iklan promosi peranti tersebut. Iklan tersebut muncul di laman e-dagang popular di Malaysia, Lazada.

Menerusi poster iklan tersebut, realme X50 Pro 5G dilihat akan dijual dengan harga RM2,999. Peranti dengan varian RAM 12GB dan storan 256GB ini turut memperlihatkan hari pertama jualannya pada 7 Julai 2020. Memandangkan varian RAM 12GB adalah varian tertinggi, mungkin varian 8GB bakal dijual dengan harga lebih rendah daripada RM2,999.

Sepintas lalu, menurut pelancarannya di pasaran China terdahulu, realme X50 Pro 5G bakal dihuni Snapdragon 865, kamera quad 64MP, bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Apa pun, maklumat ini bukanlah maklumat rasmi. Pemaparan harga dan varian tersebut mungkin benar atau mungkin sekadar harga jangkaan yang dipamerkan. Nantikan pelancarannya pada 6 Julai ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia dan beritahu kami di laman Facebook komen anda mengenai peranti ini.

Sumber: Amanz

Exit mobile version