Site icon TechNave BM

Harga untuk Google One 10TB, 20TB dan 30TB kini lebih murah, bermula RM214.99 sebulan

Google kini menyediakan perkhidmatan langganan storan awanan Google One sebanyak 100GB, 200GB, 2TB, 10TB, 20TB dan 30TB. Kini harga untuk tiga kapasiti terbesar telah diturunkan sebanyak 50%, bermula RM214.99 sebulan untuk 10TB.

Berikut adalah senarai perubahan harga untuk Google One:

Kapasiti storanHarga sebelumHarga baru
10TBRM429.99RM214.99
20TBRM859.99RM429.99
30TBRM1,289.99RM644.99

Layari laman web Google One atau muat turun aplikasi Google One jika anda berminat untuk melanggannya. Setakat pemerhatian kami, pilihan 10TB, 20TB dan 30TB setakat ini hanya boleh dilanggan daripada aplikasi Google One. Beritahu kami di Facebook jika anda adalah pelanggan Google One dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version