Site icon TechNave BM

Harga vivo V30 5G turun sempena ulang tahun vivo Malaysia ke-10, kini bermula RM1,899

vivo Malaysia telah mengumumkan penurunan harga pasaran untuk telefon pintar kelas pertengahan vivo V30 5G yang asalnya dilancar pada bulan Mac lalu.

Sempena menyambut ulang tahun vivo Malaysia yang ke-10, anda boleh mendapatkan vivo V30 5G pada harga promosi yang lebih rendah iaitu:

Harga baharu vivo V30 5G

Jika anda tidak mengetahui sebarang maklumat mengenai telefon ini, ia merupakan peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, bateri 5,500mAh dan pengecasan pantas 80W. Ia sudah cukup berkuasa untuk kegunaan harian seperti melayari media sosial dan laman web, namun prestasi gaming adalah lebih rendah berbanding telefon flagship.

Ciri utama pada telefon ini adalah kebolehan fotografinya yang menawarkan cahaya Aura Light Portrait 3.0, di mana ia boleh mengambil gambar potret yang cantik dan kemas walaupun dalam situasi malap. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera hadapan 50MP.

Anda boleh baca artikel pelancaran vivo V30 5G untuk maklumat penuh mengenai peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version