Site icon TechNave BM

Harga Xiaomi 11T dan 11T Pro diturunkan, kini bermula daripada RM1,499

Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro kini boleh didapati di seluruh negara pada harga yang lebih rendah. Siri 11T Xiaomi direka untuk memberi inspirasi kepada kreativiti, merevolusikan fotografi dan videografi telefon pintar dengan menawarkan pelbagai ciri pembikinan filem “Cinemagic”.

Xiaomi 11T Pro kini boleh didapati pada harga RM 1,999 (8GB+256GB) dan RM 2,199 (12GB+256GB). Ia mempunyai tri-kamera dengan sudut lebar 108MP gred pro, telemakro 2x dan lensa sudut ultra lebar 120°. Ia memaparkan skrin AMOLED FHD+  6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm SnapdragonTM 888 dengan sokongan Xiaomi HyperCharge 120W.

Seterusnya, Xiaomi 11T kini boleh didapati pada harga RM 1,499 (8GB+128GB) dan RM 1,699 (8GB+256GB). Ia menampilkan tri-kamera sudut lebar 108MP, sudut ultra lebar 120° dan telemakro 2x. Peranti membawa paparan AMOLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 1200-Ultra, bateri 5000mAh dengan pengecasan turbo berwayar 67W.

Siri 11T Xiaomi akan tersedia pada harga baharu di kedai rasmi Xiaomi di Lazada, Shopee, kedai rasmi Xiaomi dan peruncit rasmi lain di Malaysia. Ketahui berita seterusnya mengenai peranti Xiaomi di halaman Facebook mereka. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version