Site icon TechNave BM

Harga Xiaomi Smart Band 7 diumum, berharga RM199 dan tersedia bermula 25 Jun ini

Pada 24 Mei lalu, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Smart Band 7 di China dan kini harga gelang pintar ini di Malaysia telah diumumkan secara rasmi. Ia akan berharga RM199 dan pelanggan terawal boleh memiliki gelang pintar ini RM169.

Xiaomi Smart Band 7 dilengkapi dengan skrin AMOLED 1.62 inci dan beratnya hanya 13.5g. Xiaomi Smart Band 7 menyokong skrin sentuh, 100+ paparan muka dan reka bentuk UI juga diperbaharui sepenuhnya. Daripada segi hayat bateri, Xiaomi Smart Band 7 boleh bertahan sehingga 14 hari.

Daripada segi perisian, Xiaomi Smart Band 7 menyokong pemantauan ketepuan oksigen darah berterusan, 110 mod sukan, sokong analisis data sukan profesional dan kalis air sehingga 5ATM. Gelang pintar ini akan mula dijual pada 25 Jun. Kepada yang berminat, anda boleh ke Shopee atau Lazada untuk membelinya.

Jangan lupa untuk mendapatkannya apabila ia tersedia di pasaran Malaysia kerana terdapat tawaran harga istimewa kepada pelanggan terawal. Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook Xiaomi Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version