Site icon TechNave BM

Hari Gaji CelcomDigi: Tawarkan internet tambahan percuma untuk pelanggan prabayar dan pascabayar

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) membolehkan pelanggan kekal berhubung dengan tawaran Istimewa Hari Gaji pada April ini. Tawaran Istimewa Hari Gaji selama empat hari ini dapat dinikmati oleh kedua–dua pengguna Celcom dan Digi mulai hari ini sehingga 20 April 2023.

Tawaran internet eksklusif di bawah adalah untuk kedua–dua pelanggan prabayar dan pascabayar:

Prabayar: Pengguna prabayar Digi dan Celcom Xpax akan peroleh internet tambahan 10GB secara percuma apabila mereka tambah nilai melalui aplikasi dan e-dompet yang terpilih.

Untuk nikmati kuota Internet 10GB percuma, pengguna Celcom XPAX perlu tambah nilai RM30 ke atas melalui laman web Celcom, aplikasi Celcom Life atau Boost. Manakala, pengguna prabayar Digi boleh tambah nilai melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store secara atas talian, serta melalui aplikasi e-dompet Boost, Lazada, Shopee, Touch n Go dan Z City.

Pascabayar: Pengguna pascabayar Celcom XPAX, Celcom MEGA™, dan Digi kini boleh menambah kuota internet mereka menerusi pembelian pas internet berkelajuan tinggi 15GB (tempoh sah selama 7 hari) hanya pada RM15.

Pengguna Celcom boleh dapatkan Internet tambahan melalui aplikasi Celcom Life, manakala pengguna Digi pula boleh mendapatkannya melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store secara atas talian.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran ini di laman web rasmi Celcom dan Digi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version