Site icon TechNave BM

Hari Ibu bersama ShopeeFood: Diskaun, baucar dan penghantaran percuma mulai 12 hingga 14 Mei

Seperti yang anda semua ketahui, Bulan Mei merupakan bulan sambutan sempena Hari Ibu. Oleh itu, raikan Hari Ibu bersama Hari ShopeeFood dengan tawaran diskaun sehingga 50% dan baucar terhad sehingga 65% setiap hari untuk pesanan yang dibuat antara jam 3 petang – 5 petang.

Pelbagai restoran akan mengambil bahagian seperti Little KL Food Hall, D’Laksa, Agrain, The Brew Crew, Chichicky, TaiOne, LiHo Tea, Lol Soon Kee Desserts, Peng Hu Wan Taiwanese Breakfast dan banyak lagi. Semua restoran ini menyediakan hidangan yang bersesuaian dengan cita rasa ibu-ibu.

Istimewa pada Hari ShopeeFood ini, pengguna dapat menikmati penghantaran percuma sepanjang hari tanpa perbelanjaan minimum pada 12 – 14 Mei. Selain itu, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM25, anda berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik seperti alat memasak Tefal dan peralatan kecil bernilai RM15,000 daripada Peraduan Order & Win. 

Berikut merupakan cara untuk mengambil bahagian:

  1. Ikuti Instagram rasmi ShopeeFood (shopeefood_my)
  2. Like & komen ID pesanan anda dalam siaran peraduan ShopeeFood Day secara langsung pada 9 Mei

Penghantaran melalui ShopeeFood disediakan di Kuala Lumpur dan Johor. Ketahui maklumat lanjut mengenai ShopeeFood Day di laman web rasmi Shopee. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version