Site icon TechNave BM

Hari ini adalah hari TERAKHIR untuk anda dapatkan dekoder TV myFreeview percuma

Hari ini (31 Mei 2020) adalah hari terakhir untuk anda mendapatkan set dekoder myFreeview secara percuma buat golongan isi rumah B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara.

Untuk berdaftar, anda boleh lawati laman web ini atau hubungi talian MYTV di 1800-18-1088 atau 1300-80-6988. Buat yang sudah berdaftar, mereka boleh hubungi talian tersebut untuk memeriksa status pendaftaran mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperuntukkan sebanyak 300,000 set dekoder myFreeview untuk golongan B40 dan OKU bagi memastikan semua rakyat tidak ketinggalan dalam mengakses informasi terkini serta kandungan TV digital yang berkualiti tinggi.

myFreeview menawarkan perkhidmatan televisyen digital secara percuma, merangkumi 15 saluran berdefinisi tinggi dan enam saluran radio. Selain maklumat dan hiburan, myFreeview turut menyediakan perkhidmatan membeli-belah di rumah untuk para penonton dan peniaga.

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah berdaftar untuk dekoder TV myFreeview dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version