Site icon TechNave BM

Hari ini peluang terakhir untuk anda pra-tempah TV HUAWEI Vision S dengan rebat istimewa RM200

HUAWEI Malaysia telah pun melancarkan televisyen pintar HUAWEI Vision S yang akan mula dijual tidak lama lagi dan bakal menjadi aksesori mantap untuk menyambut Hari Raya nanti. Malah, Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan televisyen ini di luar China.

Jika anda berminat untuk mendapatkan televisyen ini, anda boleh membuat pra-tempahan untuk Vision S versi 65 inci pada harga RM3,999 dan anda akan dapat hadiah istimewa bernilai RM698. Di samping itu, sebarang pembelian untuk mana-mana varian Vision S TV akan disertakan bersama hadiah bernilai RM189.

Untuk Vision S versi 55 inci pula, ia dijual pada harga asal RM2,999 namun pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima rebat serta-merta sebanyak RM200, menjadikan harga promosi pra-tempahan sebanyak RM2,799 sahaja. Promosi ini hanya sah untuk pra-tempahan di HUAWEI Online Store atau laman rasmi HUAWEI dalam Shopee.

Sempena Hari Raya juga, HUAWEI Malaysia menganjurkan kempen Celebrate Raya Together di mana pelanggan yang membeli mana-mana produk HUAWEI berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu TV Vision S 65 inci. Kempen ini akan berlangsung sehingga 16 Mei.

Daripada segi spesifikasi, HUAWEI Vision S dilengkapi paparan 4K 120Hz dengan empat pembesar suara 10W. Selain itu, ia turut dilengkapi sebuah kamera yang membenarkan pengguna untuk membuat panggilan video menggunakan skrin besar melalui aplikasi HUAWEI MeeTime.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli televisyen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version