Site icon TechNave BM

“Hari Tanpa Beg Plastik” di Selangor dari Jumaat hingga Ahad bermula tahun depan

Kerajaan Selangor akan melanjutkan larangan penggunaan beg plastik di premis perniagaan dari hari Jumaat hingga Ahad bermula tahun depan. Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin, menyatakan bahawa kerajaan negeri sedang mengkaji sumber kuasa undang-undang untuk menguatkuasakan inisiatif ini.

Untuk pengetahuan anda, Selangor telah memulakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” sejak 2010 yang pada mulanya dilaksanakan pada hari Sabtu. Dalam kempen ini, pengguna dikenakan caj 20 sen untuk setiap beg plastik di mana hasilnya disalurkan kepada program kebajikan dan pemuliharaan alam sekitar.

Kerajaan negeri kini merancang untuk memperkukuh undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaan bagi mencapai kempen sifar plastik secara lebih berkesan. Ia juga memberi peluang kepada komuniti untuk bersama-sama menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dan menjadikan usaha ini bukan sekadar polisi tetapi satu gerakan masyarakat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version