Site icon TechNave BM

Harman Kardon Aura Studio 5 dilancar di Malaysia: Pembesar suara 3 hala dengan cahaya unik berharga RM1,599

Harman Kardon Malaysia hari ini memperkenalkan pembesar suara Aura Studio 5 iaitu sebuah produk audio yang bukan sahaja boleh menghasilkan kualiti audio premium, malah boleh menghasilkan cahaya berwarna-warni.

Ia mempunyai seni rekaan akustik tiga hala yang diperbaharui, enam pemacu julat penuh, subwufer khusus dan tweeter yang ditala khas untuk vokal berkualiti tinggi. Ia mempunyai teknologi HARMAN Constant Sound Field yang memberikan kejelasan jernih dan medan bunyi yang lebih luas.

Selain itu, ia mempunyai sistem pencahayaan berlapis yang dinamik dan menghasilkan kesan visual yang serasi dengan alunan muzik. Ia mempunyai lima tema yang diinspirasikan daripada alam sekitar iaitu Ocean, Aurora, Blossom, Sunrise dan Fireplace. Pencahayaannya boleh dikawal melalui aplikasi Harman Kardon ONE.

Daripada segi rekaan fizikal, ia mempunyai kubah lutsinar dengan logo Harman Kardon yang seolah-olah terapung di ruang tengah.

Ia boleh dihubungkan melalui Bluetooh atau Auracast untuk mengembangkan audio yang lancar di seluruh ruang kediaman. Pengguna boleh ubah tetapannya dalam aplikasi Harman Kardon ONE.

Pra-tempahan untuk Aura Studio 5 akan dibuka pada 7 hingga 10 November 2025 pada harga RM1,599. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah eksklusif. Jualan rasmi akan bermula pada 11 November 2025. Anda boleh dapati pembesar suara ini di Lazada, Shopee atau Swap Asia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version