Site icon TechNave BM

HARMAN lancarkan jenama produk audio Infinity, akan hadir dengan 10 produk baru pada Ogos

HARMAN International, sebuah syarikat audio di bawah naungan Samsung, hari ini telah mengumumkan sebuah jenama baru bernama Infinity dan turut memperkenalkan sepuluh produk baru daripada jenama tersebut.

Infinity dikhaskan untuk mereka yang inginkan produk audio dengan mutu yang jelas dan pengalaman imersif. Infinity kini adalah sebahagian daripada jenama yang berada di bawah naungan HARMAN termasuk JBL, AKG, Harman Kardon, Revel dan Mark Levinson.

Produk Infinity yang baru termasuklah siri produk headphone Wynd dan Tranz yang bermula pada harga RM59, serta siri pembesar suara Bluetooth Clubz yang bermula pada harga RM89. Ia akan dijual di laman web e-dagang seperti SenQ, All IT, Lazada Tech Mall, Shopee dan lain-lain bermula 6 Ogos.

Pembesar suara Infinity Clubz.
Earphone Infinity Wynd.

Layari laman web ini untuk maklumat lanjut tentang Infinity. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version