Site icon TechNave BM

HarmonyOS 2.0 kini dilancar: Berbeza dengan Android dan hadir pada peranti HUAWEI tahun 2021

Kelihatannya, arahan eksekutif sekatan AS terhadap HUAWEI tidak akan melumpuhkan syarikat ini kerana HUAWEI mungkin mempunyai perancangan yang lebih besar. Di persidangan HUAWEI Developer Conference 2020 semalam, syarikat ini mengumumkan sistem pengoperasian Harmony OS 2.0.

Menurut Presiden Bahagian Perisian Perniagaan & Pengguna Wang Chenglu, sebenarnya ciri kolaborasi skrin HUAWEI Smart Screen telahpun menggunakan sistem Harmony. HarmonyOS 2.0 adalah sistem pengoperasian pertamanya yang akan membenarkan interaksi melalui kolaborasi rentas peranti, pengagihan rangkaian pantas, adaptif UX dan visual AI.

HarmonyOS 2.0 versi Beta akan diancarkan untuk skrin besar (komputer riba dan yang seangkatan dengannya), jam tangan dan kereta. HarmonyOS 2.0 versi telefon pintar pula bakal tiba pada Disember ini. Tambah beliau, telefon pintar HUAWEI pada tahun 2021 akan mula menyokong HarmonyOS 2.0 sepenuhnya.

HarmonyOS 2.0 dikatakan berbeza sepenuhnya dengan Android dan perjalanan kemajuannya adalah sangat baik. HarmonyOS 2.0 kini terbuka sebagai sumber terbuka (open source). Bermula 10 September, sistem ini dibuka kepada 128KB-128MB peranti IoT seperti TV pintar, kereta dan jam tangan. Pada April 2021, ia akan dibuka kepada peranti 128MP-4GB dan seterusnya dibukan kepada peranti 4GB pada Oktober 2021.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version