Site icon TechNave BM

HarmonyOS bakal digunakan pada kereta elektrik Volkswagen

Menurut sumber, Volkswagen sedang berbincang dengan HUAWEI untuk membawa ekosistem HarmonyOS kepada keretanya yang dijual di China. Memandangkan kelebihan pengguna China yang ramai, VW boleh menguji teknologi dan masalah perisian serta adalah masuk akal untuk syarikat kereta itu bekerjasama dengan HUAWEI.

Dalam berita lain, Seres iaitu sebuah jenama pengeluar kereta elektrik telah menolak bagi menggunakan HarmonyOS pada Android Auto untuk keretanya yang dijual di Eropah. Menariknya, salah satu sumber mengatakan bahawa Volkswagen tidak mengehadkan pilihannya kepada HUAWEI sahaja.

Dilaporkan bahawa VW sedang mencari rakan kongsi jangka panjang di China tetapi HUAWEI nampaknya berada di senarai teratas dengan dorongannya untuk ekosistem HarmonyOS. Perisian Volkswagen sering dilihat ketinggalan berbanding pesaing EV lain terutamanya di China di mana pasaran EV sedang berkembang pesat dan persaingan yang sengit.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Financial Times

Exit mobile version