Site icon TechNave BM

HarmonyOS dilancarkan secara antarabangsa dan akan dipasang dalam semua peranti HUAWEI

Syarikat teknologi HUAWEI akhirnya telah melancarkan sistem operasi HarmonyOS untuk kegunaan di seluruh dunia. Sistem operasi ini menawarkan penggunaan menyeluruh dalam pelbagai jenis peranti elektronik untuk memudahkan pengguna mengakses beberapa produk serentak dengan mudah.

Dengan tema One As All, All As One, sistem operasi ini boleh dipasangkan dalam telefon pintar, tablet, jam tangan pintar, televisyen pintar, kereta pintar daln lain-lain gajet yang boleh menyokong sistem tersebut. Dalam erti kata lain, HUAWEI bermatlamat untuk menggabungkan pelbagai elektronik di bawah sistem operasi mereka, termasuk yang bukan dibina oleh HUAWEI.

HarmonyOS dalam skrin telefon
Sistem antara muka (UI) HarmonyOS

HUAWEI juga menunjukkan antara muka (user interface) untuk HarmonyOS di mana ia nampak ringkas dan boleh mengakses pelbagai fungsi, daripada pendengaran muzik hinggalah mengakses perkakasan rumah. Daripada segi muzik, UI HarmonyOS akan menempatkan seluruh peranti muzik dan Bluetooth dalam satu laman, memudahkan pengguna untuk menukarkan peranti audio tanpa perlu membuka menu tetapan yang leceh.

HUAWEI turut memperkenalkan menu hubungan yang khas untuk peranti HUAWEI seperti telefon, fon telinga wayarles dan lain-lain. Dalam menu tersebut, pengguna hanya perlu meleret ikon produk yang ingin digunakan kepada ikon di tengah untuk menghubungkannya dengan telefon. Ini boleh digunakan untuk televisyen HUAWEI Vision, tablet MatePad Pro, fon telinga FreeBuds, pembesar suara Sound X, komputer MateBook dan banyak lagi.

Menu yang menggabungkan telefon dengan pelbagai jenis produk HUAWEI
Contoh Widget sendiri yang dikeluarkan daripada aplikasi Health

Pengguna juga boleh membina widget sendiri daripada sebuah aplikasi. Sebagai contoh, jika anda ingin mengukur jumlah langkah kaki dalam aplikasi Health, anda boleh memisahkan fungsi pengukur langkah kaki daripada aplikasi tersebut dan leretkan fungsi itu ke kedudukan yang diinginkan.

HUAWEI mengumumkan bahawa mereka akan mengemas kini pelbagai produk HUAWEI kepada sistem operasi HarmonyOS, termasuk produk-produk lama. Ia akan mengambil masa yang lama sehingga 2022, jadi mereka telah menggariskan senarai produk yang bakal menerima sistem operasi tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version