Site icon TechNave BM

HarmonyOS hadir pada 18 Disember, 90% telefon HUAWEI di pasaran boleh kemas kini

Terdahulu, HarmonyOS telah diumumkan melalui HUAWEI Developer Conference. Namun, ia masih tidak tersedia sama ada untuk pengguna awam atau pembangun. Menurut sumber terkini, HarmonyOS versi pembangun (developer) dilapor bakal tersedia pada 18 Disember 2020.

Seperti sistem pengoperasian, aplikasi atau ciri baru teknologi lain, ianya harus diuji terlebih dahulu. Oleh itu, versi pembangun ini adalah sebuah langkah permulaan. Seterusnya, beberapa pengguna telefon HUAWEI akan mula menerima kemas kini pada Januari atau Februari. Setelah beberapa bulan selepasnya, barulah HarmonyOS boleh dikemas kini oleh pengguna awam.

Langkah yang berhati-hati ini disifatkan sebagai langkah yang stabil terhadap perkembangan HarmonyOS. Menurut eksekutif HUAWEI Wang Chenglu, kira-kira lebih 90% model telefon HUAWEI yang berada di pasaran sekarang boleh menerima kemas kini HarmonyOS.

Anda boleh ketahui perkara menarik mengenai HarmonyOS di pautan ini.

Apa pun, kita perlu menunggu pengumuman rasmi oleh HUAWEI mengenai kehadiran HarmonyOS ini. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version