Site icon TechNave BM

Hasil kerjasama U Mobile, Waze kini kekal lancar walau GPS lemah dalam Terowong SMART

Jika sebelum ini anda tidak mendapat maklumat kesesakan lalu lintas dan notifikasi halangan perjalanan semasa berada di dalam Terowong SMART, kini anda bakal mendapat pengalaman yang lebih baik. U Mobile kini berkerjasama dengan Waze dan Terowong SMART bagi menyediakan ketersambungan GPS, agar pengguna kekal mendapat maklumat lalu lintas walau berada di dalam terowong.

Melalui peranti Waze Beacons, navigasi tidak bergantung kepada kekuatan Internet, tetapi dipacu oleh Bluetooth untuk terus memberitahu jalan dan maklumat lalu lintas kepada anda walaupun semasa isyarat GPS lemah di dalam Terowong SMART.

Pemasangan Waze Beacons dalam Terowong SMART kini memberikan navigasi yang berterusan dengan hanya memerlukan para pemandu untuk mengaktifkan sambungan Bluetooth pada peranti mereka. Pengguna juga akan menerima notifikasi berkaitan kesesakan lalu lintas, penutupan jalan serta kemalangan yang berlaku dalam terowong dan kawasan di sekitarnya.

Untuk pengetahuan anda, U Mobile ialah syarikat telekomunikasi pertama di dunia menyokong navigasi GPS yang berterusan di dalam terowong. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi U Mobile.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version