Site icon TechNave BM

HASiL perkenal bayaran cukai secara ansuran melalui portal MyTax

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan bahawa permohonan bayaran ansuran bagi baki cukai atau tunggakan cukai kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui perkhidmatan e-Ansuran di portal MyTax.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, HASiL menegaskan bahawa langkah ini bertujuan memudahkan pembayar cukai menguruskan bayaran mereka dengan lebih fleksibel dan tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat HASiL.

Pembayar cukai yang ingin memohon bayaran ansuran ini perlu memenuhi syarat yang ditetapkan dan kelulusan akan diberikan berdasarkan kriteria tertentu. Proses permohonan boleh dilakukan dengan mudah melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/.

HASiL turut mengingatkan bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) bagi Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 serta pembayaran cukai perlu dipatuhi untuk mengelakkan penalti. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LHDN

Exit mobile version