Site icon TechNave BM

Hasilkan kombinasi warna iPhone 12 idaman anda dengan iPhone 12 Studio

Apple telah melancarkan perkhidmatan dalam talian terbaru untuk para peminat iPhone 12 iaitu iPhone 12 Studio, di mana pelanggan yang berminat dengan siri telefon flagship itu boleh mengubah warna iPhone 12 dan aksesori MagSafe. Pengguna boleh memilih sehingga 10 pilihan warna dan membuat sebuah wallpaper dengan telefon rekaan masing-masing.

Pengguna boleh mencipta gabungan warna mereka untuk iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Selepas memilih varian iPhone 12, pengguna kemudian boleh memilih warna untuk badan telefon, sarung (casing) dan seterusnya untuk aksesori MagSafe. Pengguna juga boleh menulis nama mereka untuk dijadikan wallpaper.

Contoh gambar yang boleh dihasilkan dalam iPhone 12 Studio

iPhone 12 Studio hanya boleh dibuka dalam telefon pintar. Beritahu kami di Facebook apakah gabungan warna iPhone 12 kegemaran anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version