Site icon TechNave BM

Hati-hati dengan aplikasi palsu yang minta maklumat KWSP anda, kononnya untuk permohonan i-Sinar

Pada 16 November, Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) telah memperluaskan skop kemudahan i-Sinar bagi mereka yang hilang pekerjaan, dicutikan tanpa gaji atau hilang punca pendapatan. Walau bagaimanapun, kini terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan di atas situasi ini dengan mencipta aplikasi palsu melibatkan permohonan i-Sinar.

KWSP menegaskan bahawa ia tidak pernah melantik pihak ketiga dalam menguruskan pengeluaran KWSP bagi para pencarum dan setakat ini tiada aplikasi yang dibangunkan untuk membuat permohonan i-Sinar. Untuk makluman, permohonan oleh pencarum yang layak hanya akan bermula pada Disember 2020.

Untuk maklumat yang rasmi dan sahih tentang KWSP, muat turun aplikasi i-Akaun KWSP di Google Play Store atau Apple App Store, atau layari laman web rasmi KWSP.

TechNave berharap agak para pembaca kekal waspada dan tidak terpedaya dengan scam seperti ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: KWSP

Exit mobile version