Site icon TechNave BM

Hati-hati dengan iklan palsu di internet yang guna nama Khairul Aming dan Mid Valley Mall!

Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan iklan palsu yang dipaparkan dalam media sosial, terutamanya dalam Facebook. Agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu menyedari peningkatan iklan palsu yang mengiklankan pelbagai jenis produk dan promosi dalam platform tersebut.

Iklan-iklan ini dibuat dengan laman-laman Facebook yang menyamar sebagai individu terkenal seperti selebriti internet Khairul Aming atau perniagaan ternama seperti Mid Valley Megamall. Dalam sebuah contoh, MyCERT mengesan sebuah iklan palsu yang menyamar sebagai Mid Valley Megamall dan kononnya membuat promosi untuk minyak wangi Dior Sauvage.

Iklan palsu menggunakan nama Mid Valley
Iklan palsu menggunakan nama Mid Valley
Iklan palsu menggunakan nama Khairul Aming

Iklan-iklan palsu ini selalunya akan membawa anda ke sebuah laman web lain kemudian ia akan menyuruh anda untuk mengisi sebuah borang dengan maklumat peribadi seperti alamat rumah dan maklumat perbankan jika anda ingin membeli barang promosi itu.

Selepas anda melengkapkan borang, laman web itu akan berkata pesanan anda sudah siap dan produk akan dihantar dalam tempoh 3 ke 5 hari. Pada hakikatnya, pihak jahat yang membuat iklan tersebut telah menerima maklumat sensitif seperti data peribadi dan nombor PIN.

Buat masa ini laman-laman web palsu ini masih aktif dan MyCERT telah menghubungi penyedia kandungan (hosting provider) untuk tindakan lanjut terhadap laman web tersebut.

MyCERT menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu melayari internet dan ambil langkah berjaga-jaga seperti:

Kami berharap para pembaca akan terus berwaspada terhadap ancaman siber. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyCERT

Exit mobile version