Site icon TechNave BM

Hati-hati dengan laman web palsu jika anda ingin keluarkan wang daripada akaun KWSP!

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh mengeluarkan simpanan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka bermula 1 April ini untuk meringankan beban yang ditanggung sewaktu wabak COVID-19. Ini adalah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah mempengaruhi sumber pendapatan buat ramai orang.

Walau bagaimanapun, sebuah laman web yang dinamakan “semakanaonline.com” telah muncul tidak lama selepas pengumuman itu dan kononnnya mengaku sebagai sebuah alat untuk memohon pengeluaran wang daripada KWSP. Namun, KWSP sudah pun mengatakan bahawa ia adalah sebuah scam.

KWSP sudah mengatakan permohonan akan bermula daripada 1 April melalui emel dan pos. Layari laman web KWSP untuk maklumat lanjut.

Malangnya, selepas ini tentu sekali masih akan ada pihak jahat yang akan terus membuat scam untuk menipu rakyat. Anda boleh baca di sini untuk ketahui senarai berita palsu yang sudah dibanteras oleh kerajaan. Beritahu kami di Facebook jika masih terdapat scam lain di luar sana dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version