KFC Malaysia ingin mengingatkan netizen agar tidak terpedaya dengan sebuah scam yang kononnya mewakili jenama makanan segera itu. Scam itu akan menyebarkan mesej dalam media sosial dan platform permesejan yang “menawarkan” KFC Family Feast Bucket percuma kepada penerima mesej.
Mesej itu akan mengandungi tinjauan “KFC Women’s Day Survey” sempena Hari Wanita pada 8 Mac dan kononnya setiap orang yang melengkapkan tinjauan itu akan menerima KFC Family Feast Bucket.
KFC Malaysia mengingatkan pelanggan agar tidak berinteraksi dengan mesej tersebut dan jangan berikan sebarang maklumat peribadi. Untuk pastikan kesahihan maklumat, KFC Malaysia menasihati pelanggan untuk hanya mendapatkan maklumat sahih daripada laman web rasmi atau saluran media sosial rasmi.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

