Site icon TechNave BM

HBO Max tawar diskaun 50% di Malaysia, langganan serendah RM12.50/bulan

HBO Max mengumumkan promosi khas di Malaysia dengan menawarkan diskaun 50% untuk pelan Standard dan Premium kepada pelanggan baharu. Promosi berlangsung dari 18 Mac hingga 20 April 2026 dan turut terbuka kepada bekas pelanggan yang tidak mempunyai langganan aktif.

HBO Max menawarkan pelbagai kandungan daripada jenama besar seperti HBO, DC Universe, Harry Potter dan Cartoon Network selain koleksi filem Hollywood serta Max Originals. Antara kandungan utama termasuk The Last of Us, A Knight of the Seven Kingdoms dan filem pemenang Oscar seperti One Battle After Another serta musim baharu House of the Dragon yang dijadualkan pada Jun ini.

HBO Max juga memperluaskan pilihan hiburan Asia termasuk K-drama dan rancangan variasi seperti Mad Concrete Dreams, Our Universe dan The Village Barber. Paltform ini menyokong penstriman merentas pelbagai peranti dengan antara muka yang mudah digunakan selain membenarkan sehingga lima profil berbeza dengan cadangan kandungan berasaskan tontonan.

Fungsi tambahan termasuk muat turun untuk tontonan luar talian dan kawalan ibu bapa untuk profil kanak-kanak. Pelanggan boleh melanggan terus melalui laman rasmi atau rakan platform terpilih sepanjang tempoh promosi berlangsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version