Site icon TechNave BM

Headphone mewah keluaran pertama Montblanc berharga ~ RM 2,531

Jenama mewah Montblanc membuat satu kelainan dimana jenama itu telah mengumumkan produk terbaru, Headphone wayarles dengan MB1. Seperti yang anda tahu, jenama mewah ini sangat teliti bermula dari pembuatan barangan hingga ke harganya.

Montblanc MB1 mempunyai hampir semua ciri Headphone wayarles yang anda inginkan. Ia dilengkapi dengan teknologi pembatalan hingar aktif (active noise cancelling), dan mempunyai mod untuk mendengar atau bercakap tanpa anda perlu menanggalkannya daripada kepala ataupun telinga. Ia juga menyokong Google Assistant, tetapi tidak untuk Siri. Ia mampu bertahan untuk penggunaan 20 jam dengan sekali pengecasan.

Sumber gambar dari engadget
Sumber gambar dari engadget

Montblanc MB1 ini dihiasi dengan warna emas atau perak di sekelilingnya, bergantung pada kombinasi warna yang anda suka. Apabila tidak digunakan, Headphone ini boleh dilipat dan disimpan di dalam bekasnya yang tersendiri. Ianya dijual pada harga US $ 595 (~ RM 2,531).

Syarikat ini tidak asing lagi dalam dunia jam tangan pintar sepanjang perjalanannya bermula tahun 2017. Adakah anda penggemar barangan mewah Montblanc? Apa pandangan anda tentang Headphone keluaran darpiada jenama terkenal itu? Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : engadget

Exit mobile version